Wednesday, March 14, 2012

Ustaz Don: Kaedah bertudung yang sempurna

Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya :
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud). 



Perempuan yang hanya berpakaiaan tetapi sebenarnya dianggap bertelanjang iaitu membogel, berlenggang-lenggok sewaktu berjalan dengan menghayun bahu.Kepala (sanggul) mereka bagaikan bonggol unta yang senget.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Hadis Riwayat Bukhari)


Di dalam peristiwa Mi’raj Rasulullah ke langit, baginda telah melihat gambaran hukuman yang dikenakan ke atas wanita yang tidak menjaga aurat ini.


1. Ada wanita yang menangis-nangis meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang membantunya - ini lah hukuman bagi wanita yang berhias untuk selain suaminya.


2. Dan ada wanita yang tergantung dirinya pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk yang panas – inilah hukuman kepada wanita yang tidak menutup aurat termasuk rambutnya.


3. Ada juga wanita yang mukanya HITAM dan MEMAMAH isi perutnya sendiri – inilah hukuman terhadap wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki. 

Dengar dan tengok betul2... Ikut 4 syarat cara pakai tudung yang sempurna ni, hangpa nak pakai lagu mana tudung tu pun xpa.. nak belit ka? nak pusing2 ka? nak boh ramu2 ka? mcm mana pun boleh... janji 4 syarat tu kena ikut la... :)) 




Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."


sumber:http://hafizamri.com

Read more...

Sunday, March 11, 2012

Allahuakbar: 15 Kebaikan Sujud Dalam Solat

15 Kebaikan Sujud Dalam Solat | Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
 solat
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akanmenambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Melayukini.net – Walau tiada 15 kebaikan sujud ni pun, semua umat Islam wajib untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Amalan pertama yang ditanya bukanlah berapa sihat kamu di dunia, atau berapa banyak duit kamu ada, tetapi adalah amalan solat kamu. Baik amalan solat kamu, insyaAllah senang kehidupan kamu selepas mati kelak. Wallahualam.

Read more...