Saturday, March 3, 2012

kitab injil bertinta EMAS-bertulis kedatangan NABI MUHAMMAD S.A.W

TURKI - Sebuah Injil rahsia yang berisi pernyataan, Jesus (Isa 'alaihi salam) yakin tentang kedatangan Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa salam (SAW) ke dunia ditemukan di Turki. Penemuan ini telah menjadi “perhatian serius” Vatican.
Paus Benedict XVI mengatakan ingin “melihat” Kitab yang telah berusia sekitar 1,500 tahun itu, yang banyak orang mendakwa bahawa itu adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh negara Turki selama 12 tahun, seperti yang dilaporkan Daily Mail.
Kitab tersebut adalah salinan Injil yang ditulis dengan tinta emas, ditulis dalam bahasa yang diyakini bahasa asli Jesus, bahasa Aram (bahasa sekitar 3,000 tahun lalu yang mirip dengan bahasa Arab dan bahasa Ibrani –red), yang dilaporkan berisi ajaran-ajaran awal Jesus yang juga berisikan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW.
nabi muhmmad saw
Injil berbahasa Aram tersebut teksnya ditulis pada kulit haiwan, dibungkus oleh kulit haiwan, ditemukan oleh polis yang sedang melakukan operasi anti-penyeludupan pada tahun 2000.
Kitab Injil ini dijaga ketat hingga tahun 2010, ketika akhirnya diserahkan ke Muzium Etnografi, dan akan segera ditampilkan kembali kepada umum setelah sedikit perbaikan keamanan.

Satu lembar halaman fotocopi dari Injil tersebut berharga hingga 1.5 juta pound sterling.
Menteri Budaya dan Pelancongan Turki, Ertugul Gunay mengatakan bahawa Kitab itu boleh jadi adalah versi asli dari Injil, yang disembunyikan oleh Gerja-gereja Kristian kerana kuatnya dalil yang berhubungan dengan Islam mengenai Jesus (Nabi Isa ‘alaihi salam).
Gunay juga mengatakan bahawa Vatican telah membuat sebuah permohonan khusus untuk “melihat” naskah ayat dari Injil rahsia itu – sebuah ayat yang “kontroversial”, yang merupakan penguat dalil yang sejalan dengan keyakinan Islam, yang menyatakan dengan jelas dan terang memperlakukan JESUS SEBAGAI MANUSIA BUKAN TUHAN, yang tentu saja menolak keyakinan Triniti dan kisah palsu penyaliban Jesus dan naskah ayat dalam Injil tersebut juga menyatakan bahawa Jesus menyatakan khabar kedatangan Nabi Muhammad SAW.
Dalam sebuah versi Injil, Jesus dikatakan telah berkata kepada seorang pendeta: “Bagaimana Mesiah disebut? Muhamamad adalah nama yang diberkati”.
Namun penemuan Injil kuno berbahasa Aram ini menimbulkan banyak kontroversi tentang keaslian keseluruhan isi Injil tersebut. Belum ada yang dapat memastikan keaslian keseluruhan dari isi Injil ini, apakah seluruhnya memuat apa yang diajarkan Nabi Isa 'alaihi salam, atau telah ada perubahan padanya.
Sementara itu, Profesor teologi Turki Ömer Faruk Harman mengatakan kepada Daily Mail, bahawa mestilah melakukan penelitian ilmiah untuk mengklarifikasi apakah itu ditulis oleh Barnabas sendiri atau pengikutnya. Allahu A'lam. (siraaj/arrahmah.com)

sumber : satuumat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment