Friday, October 5, 2012

TAUHID: SIAPA AHLI KITAB DALAM AL-QURAN

1. Maksud Ahli Kitab ialah mereka yang menganut Yahudi dan Nasrani, walaupun mereka pada hakikatnya mereka tidak berpegang kepada ajaran asal Nabi Isa dan Nabi Musa a.s. Kerana kedua-dua Nabi ini membawa ajaran Tauhid, sedangkan Yahudi dan Nasrani adalah kumpulan yang syirik, sesat dan kafir, dengan nas Quran, sunnah dan ijmak.
Firman Allah:
وقالت اليهود عزير ابن الله وقالت النصارى المسيح ابن الله
Maksudnya: Dan orang-orang Yahudi berkata, “Uzair adalah anak Allah”, dan orang-orang nasrani berkata, “Al-Masih (Isa) adalah anak Allah”. (Al-Taubah: 30).
Walaupun mereka menyeleweng daripada ajaran sebenar Nabi-nabi mereka, ia tidak mengubah nama mereka sebagai ahli kitab.
Maka Yahudi dan Nasrani yang ada pada hari ini juga dihukum sebagai ahli kitab, cuma ramai dari kalangan mereka pada hari ini bertukar menganut athies dan fahaman-fahaman lain. Jadi golongan seperti ini bukan lagi dianggap ahli kitab.
2. Ahli kitab wujud pada zaman Nabi SAW, kerana dalam Al-Quran kedapatan banyak ayat-ayat yang menyuruh Nabi SAW menyeru, “Wahai Ahli Kitab….”. Ini menunjukkan kewujudan mereka secara pasti.
Berkenaan dengan Waraqah, beliau adalah seorang Arab keturunan Quraisy, tetapi beliau menyedari agama Quraisy sudah menyeleweng daripada agama Nabi Ibrahim a.s. Lalu beliau menganuti agama Nasrani, dan menterjemahkan Injil dari Bahasa Ibrani ke B.Arab.
Memang tidak ada jaminan bahawa Injil yang ditulis oleh Waraqah adalah asli 100% sebagaimana diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Ia disebabkan Injil tidak dijamin oleh ALlah dikekalkan sebagaimana Quran, dan sudah berlalu tempoh yang amat panjang antara Isa dan zaman Waraqah.
Tetapi, sekurang-kurangnya asal kitab Injil itu masih ada, dan beberapa bahagian daripadanya diterjemahkan oleh Waraqah.
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

No comments:

Post a Comment