Friday, October 5, 2012

TAUHID: SIAPA AHLI KITAB DALAM AL-QURAN

1. Maksud Ahli Kitab ialah mereka yang menganut Yahudi dan Nasrani, walaupun mereka pada hakikatnya mereka tidak berpegang kepada ajaran asal Nabi Isa dan Nabi Musa a.s. Kerana kedua-dua Nabi ini membawa ajaran Tauhid, sedangkan Yahudi dan Nasrani adalah kumpulan yang syirik, sesat dan kafir, dengan nas Quran, sunnah dan ijmak.
Firman Allah:
وقالت اليهود عزير ابن الله وقالت النصارى المسيح ابن الله
Maksudnya: Dan orang-orang Yahudi berkata, “Uzair adalah anak Allah”, dan orang-orang nasrani berkata, “Al-Masih (Isa) adalah anak Allah”. (Al-Taubah: 30).
Walaupun mereka menyeleweng daripada ajaran sebenar Nabi-nabi mereka, ia tidak mengubah nama mereka sebagai ahli kitab.
Maka Yahudi dan Nasrani yang ada pada hari ini juga dihukum sebagai ahli kitab, cuma ramai dari kalangan mereka pada hari ini bertukar menganut athies dan fahaman-fahaman lain. Jadi golongan seperti ini bukan lagi dianggap ahli kitab.
2. Ahli kitab wujud pada zaman Nabi SAW, kerana dalam Al-Quran kedapatan banyak ayat-ayat yang menyuruh Nabi SAW menyeru, “Wahai Ahli Kitab….”. Ini menunjukkan kewujudan mereka secara pasti.
Berkenaan dengan Waraqah, beliau adalah seorang Arab keturunan Quraisy, tetapi beliau menyedari agama Quraisy sudah menyeleweng daripada agama Nabi Ibrahim a.s. Lalu beliau menganuti agama Nasrani, dan menterjemahkan Injil dari Bahasa Ibrani ke B.Arab.
Memang tidak ada jaminan bahawa Injil yang ditulis oleh Waraqah adalah asli 100% sebagaimana diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Ia disebabkan Injil tidak dijamin oleh ALlah dikekalkan sebagaimana Quran, dan sudah berlalu tempoh yang amat panjang antara Isa dan zaman Waraqah.
Tetapi, sekurang-kurangnya asal kitab Injil itu masih ada, dan beberapa bahagian daripadanya diterjemahkan oleh Waraqah.
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Read more...

SIRAH NABI: NABI IBRAHIM a.s. DENGAN ORANG MAJUSI


Pernah suatu hari Nabi Ibrahim Alaihissalam menolak seorang tamu yang berkunjung ke rumahnya. Nabi Ibrahim berkata "Aku tidak menerima tamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang-orang Majusi". Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahim dengan perasaan dukacita sekali.

Sikap Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak disenangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud "Apa kerugianmu jika engkau menerima tamu itu, walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku. Allah akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."

Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim sungguh menyesal di atas tindakannya dan keesokan harinya Nabi Ibrahim Alaihissalam pergi mencari orang Majusi itu dan mempelawanya supaya sudi datang ke rumahnya sekali lagi. Kata orang Majusi itu "Pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajak aku pergi ke rumahmu". Nabi Ibrahim menceritakan tentang wahyu yang diterimanya setelah menghalau orang Majusi itu.

Orang Majusi itu berkata "Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku ini orang kafir". Orang Majusi itu berkata lagi "Hulurlah tanganmu, (sambil berjabat tangan) aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan engkau adalah pesuruh Allah". Semenjak dari itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Read more...

Wednesday, October 3, 2012

IBADAH: CARA MINUM DAN MAKAN MENGIKUT RASULLULAH





1. Nabi melarang umatnya minum berdiri.. ini kerana ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh mnyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida pada udara hembusan tersebut.. jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut mmbntu mmbuang lemak2 degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselangseli dgn minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.



Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW.. Jadi ikutlah walaupun sedikit.. kerana sedikit yg dilakukan beristiqamah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.. =) 



Read more...

Ibadahku: Solat sunat TASBIH

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1.     Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta’awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2.  Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.
TASBIH YANG DIBACA
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL TASBIH
1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Selepas doa Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I’tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I’tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat
15
JUMLAH
150 X 2 = 300
2. 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Selepas doa Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I’tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I’tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Awal
15
Selepas Tahiyyat Awal
15
Sesudah Fatihah Rakaat 3
10
Rukuk
10
I’tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas Fatihah Rakaat 4
10
Rukuk
10
I’tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Akhir
15
JUMLAH
300
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,  kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

Read more...

Monday, October 1, 2012

Nukilan dari HATI

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
Read more...

Sunday, September 30, 2012

Kelebihan Garam dan kegunaannya.

assalamualaikum..

Cerita kali ini berkaitan dengan garam, Apa fungsi sebenar garam adakah semata-mata untuk masak dalam makanan. Sebenarnya banyak lagi khasiat yang tersembunyi yang jarang - jarang kita dengar antaranya:-

1) Garam adalah sumber mineral yang diprlukan oleh badan. ia juga boleh digunakan dalam kaedah rawatan @penawar bagi racun.


2)Garam dapat menghalang ganguan sihir atau mahluk halus.

3)Dalam perubatan Islam, penyakit dari laut dapat diubati dengan air garam.

4)Penyakit seperti Gaout perlu menimbus anggota badan kedalam pasir pantai lebih kurang 1-2 jam, kemudian terus mandi.

5)Bagi mengelak mabuk semasa perjalanan, boleh gunakan secubit garam + air suam. Insyallah sembuh.

6)Kepada mereka yang berkerja keras seperti pertani, buruh kasar boleh gunakan air garam sebagai cara untuk memulihkan tenaga.

7)Untuk mencuci perut boleh juga megunakan secubit garam.

8)Bagi tujuan memasak kerang, air garam dapat menhilangkan TAHI kerang dengan merendamkanya.

9)penyakit kulit dapat diubati dengan menyapu air garam disekitarnya.

10) selain itu dapat juga menjadi IMMUNITI badan akibat perubahan angin.





Read more...