Friday, February 10, 2012

Boleh ke sembahyang dukung baby??

Bagi sesetangah ibubapa yang mengalami masalah menunaikan solat di saat bayi mereka sedang menangis dan merengek, terdapat cara yang mudah dan selamat dibenarkan dalam islam. sila lihat gambar di bawah dan selamat beramal. 



Read more...

Thursday, February 9, 2012

Subhanallah..kelebihan HAJARUL ASWAD di mekah




Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet,

tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah.

Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti.

Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air.

Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam”. 


Mengapa Setiap Muslim Mencium Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s membangun Kaabah banyak kekurangan yang didapati kala itu. Pada mulanya Kaabah itu tidak beratap dan tidak memiliki pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail a.s mengumpulkan dan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan ketika pembangunan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim merasa kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai pertanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai.

Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba beliau dihampiri oleh malaikat Jibril a.s yang memberikan sebuah batu yang sangat bagus berwarna putih dan sangat bersih seperti tak bernoda.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. sangat senang melihat batu yang tampak begitu putih dan bagus, beliau menciumnya beberapa kali.

Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril a.s).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. yang juga menciumi batu yang diperoleh dari malaikat ALLAH yang mulia Jibril a.s.

Sehingga sekarang Hajar Aswad itu diciumi oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium seraya ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenannya doa.

Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekuutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah perkataan Khalifah Umar bin Al-Khattab ketika beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajar Aswad).”

Read more...

L kisah: kesayangan rasullulah-saidina Hassan



Sayidina Hassan adalah cucu kepada Rasulullah SAW dari puteri bongsu baginda yang paling disayanginya iaitu Siti Fatimah Az Zahra dan menantunya Sayidina Ali, yang juga merupakan Sahabatnya yang sangat disayangi baginda. Sayidina Hassan lahir kira-kira sebulan sebelum Perang Uhud. Menurut ahli-ahli sejarah, tarikh lahirnya yang tepat ialah 15 haribulan Muharram. Namanya telah diberikan oleh baginda Rasulullah SAW sendiri. Nama ‘Hassan” itu tidak pernah digunakan di Tanah Arab di zaman jahiliyah. Rasulullah SAW sangat gembira sekali dengan kelahiran Sayidina Hassan.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Sayidina Hassan adalah salah seorang penghuni Syurga dan seorang yang paling hampir wajahnya dengan baginda. Pernah baginda bersabda kepada Sayidina Hassan sendiri: “Engkau menyerupai aku baik tentang bentuk rupamu mahupun tentang akhlak.” Bahkan Sayidina Ali pernah berkata: ”Hassan menyerupai Rasulullah dari dada sampai ke kepala. Tetapi Hussin menyerupai Rasulullah di bahagian-bahagian lainnya, dari dada sampai ke bawah.”
Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar yang baru keluar dari masjid ternampak Sayidina Hassan yang masih kecil ketika itu. Sayidina Abu Bakar segera berkejar mendapatkannya lalu memeluknya. “Demi Allah, rupa engkau hampir sekali dengan Rasulullah dan lain sekali dari ayahmu, Ali.”

Mendengar kata-kata Sayidina Abu Bakar, Sayidina Hassan hanya tersenyum. Ayahnya, Sayidina Ali yang berada di samping Sayidina Abu Bakar, tertawa mendengar kata-katanya. Rasulullah sangat sayang sekali terhadap cucunya ini. Baginda sentiasa ingin bersama cucunya sekalipun ketika hendak solat. Bahkan kadang-kadang juga ketika menerima wahyu dari malaikat Jibrail a.s.

Di masa kanak-kanaknya, Rasulullah sendiri yang mendidik Sayidina Hassan dan adiknya Sayidina Hussin dengan budi pekerti yang mulia. Sayidina Hassan memang terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang cerdik. Tatkala umurnya 4 tahun, beliau sudah dapat menghafal kalimat-kalimat suci yang didengar dari datuknya yang mulia. Ketika berumur 8 tahun, dia sudah menghafal Hadis-hadis dari Rasulullah SAW.

Apabila dewasa, Sayidina Hassan menjadi seorang yang sangat dikenali dan dicintai oleh seluruh umat Islam ketika itu. Beliau seorang yang cantik serta elok rupanya ditambah dengan peribadinya yang mulia. Sayidina Hassan adalah seorang yang berkulit putih kemerah-merahan. Biji matanya hitam dan besar. Mukanya pula beijambang, bertulang besar, pipinya halus, raut mukanya lembut serta berjanggut pula. Keadaan tubuhnya sedang dan cantik. Tidak tinggi dan tidak rendah. Sungguh Sayidina Hassan adalah seorang yang cantik dan kacak. Siapa yang memandangnya akan tertarik padanya. Sayidina Hassan adalah seorang yang sangat bertaqwa kepada Allah dan paling baik akhlaknya. Beliau seorang yang tenang, halus budi bahasa serta pandai bergaul dengan orang lain.

Kebanyakan kaum muslimin yang hidup di zamannya sangat sayang kepadanya. Beliau sangat merendah diri dan suka bergaul dengan orang-orang miskin. Kerapkali apabila melihat sekumpulan orang Islam sedang makan-makan, Sayidina Hassan akan turun dari untanya untuk makan bersama mereka. Ada ketikanya beliau menjemput pula orang- orang yang susah untuk datang ke rumahnya. Apabila mereka datang beramai-ramai, beliau akan menjamu mereka.

Sayidina Hassan suka mendapatkan ilmu-ilmu dari para Sahabat Rasulullah SAW yang ketika itu sudah lanjut umurnya. Beliau juga suka mengajar siapa sahaja yang suka mendengar ajaran- ajarannya.

Kerana taqwanya, menurut satu riwayat, ketika sedang mengambil wuduk, mukanya tiba-tiba menjadi sangat pucat kerana takutkan Allah. Demikian juga ketika beliau teringat soal mati. Ketika menceritakan tentang Hari Kebangkitan, beliau sering menangis teresak-esak.

Sayidina Hassan terkenal sebagai seorang dermawan. Waktu hidupnya, beliau digelar, “Karimu ahlil bait” yang ertinya keluarga Rasulullah SAW yang paling dermawan. Beliau tidak pernah menghampakan harapan orang lain.

Sebagai seorang cucu baginda Rasulullah SAW, beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia lagi terpuji. Sikapnya ramah, penyantun, rendah hati dan dermawan pula.

Pada suatu hari sedang Sayidina Hassan r.a duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu mencacinya. Dia turut juga mencaci ayah serta ibu Sayidina Hassan r.a. Anehnya Sayidina Hassan r.a hanya mendengar sahaja akan segala maki hamun orang itu tanpa sedikit pun berubah air mukanya, atau membuat serang balas terhadap orang yang biadab itu.

Kemudian ia berkata kepada Badwi itu: “Wahai Badwi, adakah engkau lapar dan dahaga? Atau adakah sesuatu yang merunsingkan hati engkau?”

Tanpa mempedulikan kata-kata Sayidina Hassan r.a, Badwi itu terus memaki-hamunnya. Oleh itu Sayidina Hassan pun menyuruh pelayan rumahnya supaya membawa kantung yang berisi wang perak lantas diberikannya kepada Badwi itu sambil berkata: “Wahai Badwi, maafkanlah saya kerana inilah sahaja yang saya miliki. Jika ada yang lebih, tidak akan saya sembunyikan darimu.”

Sikap dan layanan Sayidina Hassan r.a yang memeranjatkan itu akhirnya berjaya melembutkan hati Badwi tersebut. Tiba-tiba Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Sayidina Hassan bin Ali r.a sambil berkata: “Wahai cucu baginda Rasul. Maafkanlah aku kerana berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja berbuat begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu Rasulullah SAW yang sangat aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau hai cucu Rasul, sesungguhnya mempunyai pekerti yang mulia sekali.”

Demikianlah satu contoh keindahan budi yang tiada taranya. Sayidina Hassan r.a yang kena maki hamun itu bukan sahaja dapat bersabar terhadap segala cubaan itu bahkan membalasnya pula dengan sikapnya yang lembut serta pemurah pula.

Semasa pemerintahan Khalifah Usman bin Affan, Sayidina Hassan telah sempurna menjadi seorang yang dewasa. Ketika itu beliau termasuk dalam golongan ulama yang terkemuka. Ketika timbul kekacauan semasa pemerintahan Khalifah Usman, Sayidina Ali menyuruh kedua puteranya supaya menjaga keselamatan Sayidina Usman di rumahnya. Ketika itu rumahnya sedang dikepung oleh pemberontak. Maka Sayidina Hassan dan Hussin segera melaksanakan kehendak ayah mereka tetapi Khalifah Usman meminta mereka pulang. Apabila Khalifah Usman dibunuh, Sayidina Ali sangat marah terhadap kedua puteranya kerana tidak melindungi Khalifah Usman walhal khalifah sendiri menolak pertolongan mereka.

Apabila Sayidina Ali naik menjadi khalifah maka kedua-dua puteranya berazam untuk membela serta melindungi ayah mereka tercinta. Apabila ayah mereka mati dibunuh pada tanggal 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah maka Sayidina Hassan dan Hussin telah menuntut bela dan berjaya membunuh orang yang membunuh ayah mereka. Tidak lama kemudian, Sayidina Hassan pula dilantik oleh kaum muslimin menjadi khalifah menggantikan ayahnya.

Sebebenarnya Sayidina Hassan sendiri tidak suka menjadi khalifah. Ketika itu, ada di kalangan muslimin yang mahukan Sayidina Muawiyah bin Abu Sufyan untuk naik sebagai khalifah. Maka timbullah pertelagahan antara penyokong Sayidina Hassan dan penyokong Sayidina Muawiyah. Sayidina Hassan sukakan perdamaian. Keadaan yang berpecah belah itu sangat tidak disukai olehnya. Khalifah Hassan sempat memerintah wilayah Iraq serta wilayah-wilayah di sekelilingnya seperti Khurasan, Hijaz dan Yaman selama 7 bulan. Tetapi semasa pemerintahannya, dunia Islam telah penuh kekacauan. Demi menyatu-padukan umat Islam, Sayidina Hassan sanggup menyerahkan jawatan khalifah kepada Sayidina Muawiyah.

“Aku sama sekali tidak ingin memerintah umat Muhammad, jika dengan itu aku harus menumpahkan darah walau hanya secangkir.”

Demikianlah kata-kata Sayidina Hassan. Rasulullah SAW sendiri, sewaktu hidupnya telah mengetahui bahawa cucunya itu mempunyai akhlak yang terpuji, lemah-lembut dan memiliki hati yang halus. Sabda baginda: “Anakku ini adalah penghulu. Mudah-mudahan Allah akan mendamaikan dengan sebab Hassan, dua golongan kaum muslimin yang sedang bermusuh-musuhan.”

Sayidina Hassan meninggal dunia setelah diracun. Kematiannya disaksikan dengan perasaan sedih oleh adiknya, Sayidina Hussin yang sangat mengasihinya.

Read more...

Tuesday, February 7, 2012

Biodata Rasulullah S.A.W



Semalam kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan aku ade membuat sedikit penulisan berkenaan dengan hari kelahiran junjungan besar kita ini di dalam artikal yang bertajuk "Salam Maulidur Rasul 1433 / 2012"...

Di sini aku nak kongsi pulak sedikit-sebanyak Biodata Rasulullah SAW untuk menjadikan kita lebih kenal dan rapat dengan Nabi kita Nabi Muhammad SAW...Insyaallah...

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

-Kredit : Facebook

Read more...

4golongan LELAKI ditarik ke neraka!!



4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-



“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam



sumber: http://ustazazhar.net
Read more...

Monday, February 6, 2012

MASJID PERTAMA DI DUNIA - DIBINA OLEH RASULLULAH

Masjid Quba Adalah Masjid Pertama Dibina Di Dunia.


masjid
 

MASJID QUBA 'MERUPAKAN MASJID PERTAMA YANG DIBINA DI DUNIA DALAM SEJARAH ISLAM SYARIAT NABI MUHAMMAD SAW YANG DIBINA OLEH BAGINDA NABI SAW SENDIRI BERSAMA-SAMA HADZRAT ABU BAKAR RA DAN PENDUDUK MADINAH SEBAIK NABI MUHAMMAD SAW TIBA, INI BERMAKNA SEHINGGA HARI INI ( 1432 H ) ADALAH BERSAMAAN USIA MASJID BERKENAAN 1432 TAHUN HIJRAH.


MASJID QUBA DENGAN PERSEKITARAN TERPENCIL MADINAH DI ARAB SAUDI, MERUPAKAN MASJID TERTUA DI DUNIA. BATU ASAS PERTAMANYA YANG DI LAKSANKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW PADA WAKTU TIBA HIJRAH DARI KOTA MEKAH KE MADINAH, MASJID QUBA DI BINA OLEH BAGINDA SAW DENGAN HADZRAT ABU BAKAR RA BERSAMA-SAMA PARA SAHABAT RA MADINAH ATAU KAUM ANSAR.

NABI MUHAMMAD SAW DIPERCAYAI BERADA DI MASJID QUBA LEBIH DARI 20 MALAM SELEPAS TIBA DARI BERHIJRAH DAN SAMBIL MENUNGGU KETIBAAN HADZRAT ALI RA DARI MAKKAH MEMBAWA BERITA DARI SANA. 



Sebahgian dari riwayat bahawa Nabi Muhammad SAW menjadikan masjid Quba sebagai masjid yang aman dan selalu bedoa pada satu sudut di dalamnya yang menjadi bahagian kediaman Atban Bin Malik RA. Masjid Quba terletak kira-kira 60 metre dari Masjid Nabawi.


IMEJ LAMA MASJID QUBA.



Pintu masuk Masjid Quba, gambaran pada tahun 1325 Hijrah.

Imej lama Masjid Quba'.

Pintu Kota Madinah ( Pintu Gerbang ) masuk ke Kota Madinah.


Jabal Abu Tsaur @ Gunung Tsaur.

Qar Al Tsaur. Gua Al Tsaur.

Nabi Muhammad SAW bersama Hadzrat Abu Bakar RA, sebelum sampai ke Yatrib ( Madinah ) membina Masjdi Quba, terlebih dahulu melalui peristiwa sedih bersembunyi di Gua Al Tsaur dan Gunung Tsaur kerana mengelak dari di khianati oleh Musyrikin Quaisy Makkah.


Imej Masjid Quba setelah lebih seribu tahun.


Menurut sejarah, Nabi Muhammad SAW telah sampai di suatu penempatan tidak jauh dari Madinah bernama Quba pada hari Isnin 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 September 622 Masehi.
Ketika mula sampai di Quba, Baginda SAW telah diberikan layanan baik yang benar oleh masyarakat Madinah. Nabi Muhammad SAW telah tinggal awalnya bersama Khulthum Ibn Al Hadm, ketua suku kaum Amr bin Auf RA yang budiman selama empat hari. 


Pada tempuh itulah Baginda SAW telah meletakan batu asas membina Masjid Quba dengan sokongan Para Sahabat RA yang mengasihi Nabi SAW dengan ketaqwaan yang sejati. 


Dari riwayat As Syimus binti An Nu'man, Baginda SAW memikul batu-bata sendiri sehingga bongkok tubuhnya disamping tubuh baginda dipenuhi debu dan pasir, Nabi SAW tidak mahu Para Sahabat RA mengambil beban yang baginda SAW bawa dan menyukai Para Sahabat RA bekerjasama membawa bahan-bahan bangunan yang lain.

Dengan kudratNya, Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri yang turut mencurah tenaga memulai kerja asas pertama pembinaannya sehingga membolehkan Masjid Quba di gunakan dimana bahan binaannya adalah termasuk berasaskan dari batang dan pelepah kurma.

Apabila siap, inilah masjid pertama yang terbina setelah Masjidilharam Makkah. Di masjid inilah Nabi SAW dan Para Sahabat RA menunaikan solat Jumaat yang pertama sekali berlaku di muka bumi, ia itu pada hari Jumaat bersamaan 27 September 622 Masehi.
Wallahu A'lam.


SUMBER DEPEROLEH:adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot

Read more...