Wednesday, March 14, 2012

Ustaz Don: Kaedah bertudung yang sempurna

Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya :
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud). 



Perempuan yang hanya berpakaiaan tetapi sebenarnya dianggap bertelanjang iaitu membogel, berlenggang-lenggok sewaktu berjalan dengan menghayun bahu.Kepala (sanggul) mereka bagaikan bonggol unta yang senget.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Hadis Riwayat Bukhari)


Di dalam peristiwa Mi’raj Rasulullah ke langit, baginda telah melihat gambaran hukuman yang dikenakan ke atas wanita yang tidak menjaga aurat ini.


1. Ada wanita yang menangis-nangis meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang membantunya - ini lah hukuman bagi wanita yang berhias untuk selain suaminya.


2. Dan ada wanita yang tergantung dirinya pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk yang panas – inilah hukuman kepada wanita yang tidak menutup aurat termasuk rambutnya.


3. Ada juga wanita yang mukanya HITAM dan MEMAMAH isi perutnya sendiri – inilah hukuman terhadap wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki. 

Dengar dan tengok betul2... Ikut 4 syarat cara pakai tudung yang sempurna ni, hangpa nak pakai lagu mana tudung tu pun xpa.. nak belit ka? nak pusing2 ka? nak boh ramu2 ka? mcm mana pun boleh... janji 4 syarat tu kena ikut la... :)) 




Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."


sumber:http://hafizamri.com

No comments:

Post a Comment