Friday, February 17, 2012

Subhanallah: tidak lengkap iman jika tidak mencintai RASULULLAH S.A.W

Antara huraian cintakan nabi Muhammad S.A.W seperti berikut:
Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yangsempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah;


Mereka juga mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepadanya

;"Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya (dan dengan sempurnanya) (2-4 Al-Anfal),
Hadis Keempat Belas


14- عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ. (البخاري ومسلم)
14 - Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnyalebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."
Bukhari dan Muslim)
Hadis yang keempat belas ini menegaskan bahawa:
Hakikat iman seseorang tidak akan sempurna melainkan apakala ia mengutamakan kasihnya kepada Rasulullah s.a.w.
Huraiannya:
Sebagaimana yang sedia maklum bahawa sebab-sebab yang menjadikan seseorang tertarik hatinya menghargai, suka,  berkenan atau kasih kepada sesuatu perkara atau seseorang ada kalanya kerana sesuatu perkara atau seseorang itu memberi:
1) Keseronokan atau kesedapan kepada pancainderanya, seperti rupa yang cantik,  suara yang merdu, bau yang harum, makanan atau minuman yang lazat, danpakaian atau tubuh badan yang halus lembut; 
2) Ketenteraman dan kesukaan kepada jiwa dan fikirannya, seperti amal ibadat yang salih, budi bahasa yang mulia dan ilmu pengetahuan yang berguna;
3) Keselamatan dan kebahagiaan kepada keadaan hidupnya dunia dan akhirat, sepertiharta benda, anak pinak, kaum keluarga dan kawan teman. 
Kalau salah satu dari sebab-sebab itu menjadi daya penarik hati seseorang maka tentulah lebih kuat dan lebih mendalam tertariknya hati seseorang itu kepada sesuatu perkara atau seseorang yang ia percaya ada padanya semua sebab-sebab yang tersebut dan tidak terhimpun sebab-sebab daya penarik itu pada makhluk yang lain daripada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh yang demikian tidak sempurna iman seseorang selagi ia tidak cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w., tidak suka dan tidak berkenan kepada apa yang dibawanya dan tidak menghargai ajaran-ajarannya.
Sebenarnya cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. ialah suka dan berkenan mematuhi suruhannya dan meninggalkan larangannya.
Seseorang - walau sesiapa pun - apabila ia mengetahui sesuatu perkara yang dapat menarik hati dan keredhaan orang yang dikasihinya seperti isterinya atau sahabatnya atau ketuanya, tak dapat tidak ia akan melakukan perkara itu dan menyempurnakannya. Maka bagi orang yang cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. sudah tentu tidak ada sesuatu perkara pun sama ada dari urusan dunia atauagama yang wajib disegerakan mengerjakannya lebih daripada melakukan apa yang disukai dan diredhai oleh Rasulullah s.a.w.
Suka dan berkenan yang tersebut adalah dan kewajipan agama yang diterangkan olehAllah Taala di dalam Al-Qur'an al-Karim, ayat 24, surah At-Taubah, yang maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dankaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya), kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik. "
Hadis Kelima Belas


15- عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)
15 - Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendirisuka mendapatnya."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kelima belas ini menerangkan bahawa:
Tidak sempurna iman seseorang yang tidak mempunyai perasaan timbang rasapersaudaraan sesama manusia. 
Huraiannya:
Islam mahukan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang demikian tidak akan wujud melainkan dengan adanya perhubungan yang baik yangmenghubungkan orang-orang perseorangan antara satu dengan yang lain danmenghubungkan mereka dengan masyarakat seluruhnya!
Sebaik-baik asas yang menjamin keselamatan dan kemajuan bagi masyarakat danmenjamin kehidupan yang aman bahagia - ialah: "Hendaklah tiap-tiap seseorang dari mereka sukakan kebaikan bagi orang lain sebagaimana ia menyukainya bagi dirinya sendiri."
Ada di antara manusia yang sukakan dirinya sahaja dan tidak memikirkan orang yang menderita sakit pening, kemiskinan dan duka nestapa.
Jenis manusia yang demikian tidak mengakui persahabatan pertalian kaum kerabat danmaruah kecuali jika ia ada mempunyai sesuatu faedah disebaliknya.
Kebaikan pada pandangannya ialah yang membawa faedah kepadanya walaupun faedah itu haram;  dan kejahatan pada pandangannya ialah perkara yang menyebabkan dia mengeluarkan tenaga dan harta benda, sekalipun perkara itu mendatangkan faedah kepada anak-anak watannya, atau sahabat-sahabatnya atau pun kaum kerabatnya.
Ada kalanya dia bertambah perasaan tamak halobanya, sehingga dia memandang dirinya sahajalah yang berhak mendapat kebaikan dan orang lain tidakberhak mendapat sesuatu pun, lalu dia berusaha untuk mendapat segala-galanya, sekalipun benda-benda itu dari harta benda orang-orang miskin dan makanan orang-orang yang dhaif lemah.
Jenis manusia ini, yang hidup untuk kepentingan dirinya semata-mata dimurkaiAllah Taala, dibenci oleh Islam dan disifatkan akhlaknya yang demikian, terkeluar dandasar Islam.
Ada pun jenis manusia yang dikasihi Allah dan diredhai oleh masyarakat - ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk orang lain dan sentiasa memikirkan kebaikanumat manusia sebagaimana ia memikirkan kebaikan dirinya sendiri, kerana sikap yang demikian adalah dari iman yang sempurna. 
Cinta kasih kepada umat manusia yang tidak memusuhi Islam danpelaksanaan tanggungjawab terhadapnya - itulah yang menguatkan perhubungan sesama manusia sekalipun berlainan bangsa dan agama dan itulah jua yang menghapuskan banyak di antara kejahatan-kejahatan dan perbuatan yang durjana.
Seseorang yang mengikat perhubungannya dengan orang lain berdasarkan asas yang tersebut ialah orang yang bersih suci hatinya dan segala sifat yang keji,  sepertihasad dengki,  dendam kesumat,  sombong angkuh dan sebagainya. Orang itu ialah juga orang yang waras fikiran dan kesedarannya, serta menjadi anggota masyarakat yang baik dan berguna.
Hadis Keenam Belas


16- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ. (الأربعين النووية)


16 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurnaiman seseorang dari kamu, sehingga hawa nafsunya tunduk menurut hukum-hukum dan pengajaran yang aku telah membawanya."
(Al-Arba'in An-Nawawiyah).
Hadis yang keenam belas ini menerangkan bahawa:
Sempurnanya iman seseorang adalah dengan menurut bulat-bulat apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Huraiannya:
Junjungan kita Muhammad s.a.w.  bukan sahaja seorang penganjur yangterkemuka bahkan Baginda juga seorang Rasul yang memimpin umat manusia dengan berpandukan wahyu dan Allah `Azza wa Jalla.
Oleh itu maka setiap orang hendaklah meletakkan kepercayaannya kepadaRasulullah s.a.w. lebih daripada kepercayaannya kepada diri sendiri dan apa yang dibawa oleh Baginda tidak boleh ditentang dengan apa yang difikirkan dan dipersetujui oleh diri masing-masing kerana segala yang disampaikan oleh Baginda dan Tuhan bukan untuk dicuai-cuaikan dan bukan pula untuk dijadikan suatu perkara yang diserahkan kepada perasaan dan runtunan hawa nafsu;  bahkan untuk dipatuhi dengan perasaan tenang hati serta persetujuan yang sebulat-bulatnya.
Orang yang mengutamakan fikiran atau pendapat dirinya daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. maka imannya tidak sempurna.  Demikian juga sesiapa yangmemutar belitkan atau melakukan ta'wilan-ta'wilan terhadap ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyesuaikannya dengan kemahuan atau fikirannya sendiri maka nyatalah imannya tidak sempurna. 
Oleh itu, jika ada yang terdorong berbuat demikian, maka segeralah rujuk ke jalan yangbenar,  semoga ia selamat di dunia dan di akhirat.
Hadis Ketujuh Belas


17- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ. (البخاري ومسلم)
17 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak meminum arak,  tidak akan meminum arak itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak mencuri,  tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang ketujuh belas ini menegaskan bahawa:
Orang yang tergamak melakukan sesuatu yang dilarang, tidak sempurna imannya.


Huraiannya:
Kebahagiaan hidup seseorang atau sesuatu bangsa adalah bergantung kepada pertalian keturunannya yang bersih serta berkekalan dan keselamatan akal fikirannya serta harta bendanya.
Untuk mencapai kebahagiaan hidup itu maka perbuatan zina yang menodai pertalianketurunan hendaklah dijauhi dan perbuatan meminum arak atau menghisap benda-benda yang merosakkan akal fikiran hendaklah disingkirkan, juga perbuatan curi danrompak samun hendaklah dihapuskan.
Dengan wujudnya pertalian keturunan yang bersih dan berpanjangan itu wujudlah pula perasaan pertalian kaum kerabat dan kebangsaan yang dengan kekuatan dan pengaruhnya seseorang itu akan mendapat kekuatan untuk mencegah sebarangbahaya yang akan menimpanya dan wujudlah pula hubungan tolong-menolong dengan jalan pertalian kerabat dan semangat kebangsaan dalam segala urusan hidup, kerana biasanya seseorang itu apabila ditimpa sesuatu kesusahan yangmenjadikan dia memerlukan bantuan, ia tidak mendapati bantuan itu melainkan dari orang-orang yang ada pertalian keturunan dengannya, maka dengan wujudnya pertalian keturunan dan kerabat yang suci dan sihat, eloklah keadaan segalalapisan masyarakat dan tenteramlah keadaan negara.
Demikian juga dengan terselamatnya akal fikiran dari sebarang perkara yang merosakkannya, dapatlah manusia menimbang dan mengenal mana yang baik dan mana yang buruk,  mana yang hak dan mana yang batil dan dapatlah pulamemikirkan soal-soal ketuhanan serta soal iman dan taqwa.
Demikian pula dengan terselamatnya harta benda yang menjadi asas kehidupan seseorang, akan dapatlah ia memajukan segala urusan dunia dan agama dengansempurna. 
Kebenaran hakikat ini diakui oleh ahli-ahli fikir yang bijak pandai,  bahkan semuaagama yang diturunkan oleh Allah Taala bertujuan menjaga perkara-perkara yang tersebut dari apa juga yang merosakkannya.
Malangnya perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan,  perbuatan meminum arak yang merosakkan akal fikiran, dan perbuatan curi rompak yang memusnahkan hak milik orang lain dengan tidak berperi kemanusiaan - dilakukan denganbermaharajalela bukan sahaja oleh orang-orang yang jahil bahkan juga orang-orang yang terpelajar.
Berlakunya yang demikian adalah disebabkan ketiadaan atau kelemahan iman dan dengan itu mudahlah mereka dipengaruhi oleh runtunan hawa nafsu dan keadaanburuk yang disekelilingnya.
Untuk mencegah perbuatan-perbuatan yang durjana itu, tidak lain melainkan denganjalan yang memelihara dan menghidupkan iman yang kukuh dan sempurna. 
Hadis Kelapan Belas


18- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ. (مسلم)

18 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang Muslim (yangsempurna Islamnya) ialah yang terselamat orang-orang Islam dari lidahnya dan angannya.
(Muslim)
Hadis yang kelapan belas ini menerangkan bahawa:
Orang-orang yang sempurna Islamnya tidak melakukan sebarang angkara.


Huraiannya:
Perkataan "Islam" ialah pecahan dari perkataan "Salam" ertinya: Selamat sejahtera.
Orang Islam yang sebenar-benarnya - selain daripada menunaikan rukun-rukun agama sedaya upayanya - ia tidak sekali-kali akan melakukan sebarang angkara danpencerobohan terhadap orang yang tidak mengganggu keselamatannya, sama ada dengan lidahnya atau dengan tangannya atau pun dengan apa jua.
Sebaliknya orang Islam yang tergamak melakukan sebarang perkara yang merosakkan orang lain, ialah orang yang tidak sempurna Islamnya.
Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sepotong hadisnya yangbermaksud: 
"Orang-orang yang sempurna Islamnya adalah bersaudara dengan semua orang yang tidak memusuhinya terutama sekali orang-orang Islam); salah seorangnya tidakharus melakukan kezaliman kepada saudaranya, tidak harus dibiarkan dia teraniaya dan tidak dibela, tidak harus menyatakan kepadanya sesuatu yang dusta dan juga tidak harus menghinakan atau memandang rendah kepadanya."
Hadis Kesembilan Belas

19- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ. (الترمذي وغيره)
19- Dari Abu Hurairah, r.a., Dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sebahagian dan keelokan dan kesempurnaan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak perlu kepadanya."(Tirmizi dan Lain-Lainnya).
Hadis yang kesembilan belas ini menerangkan tentang;
Sebahagian dari kesempurnaan Islam.
Huraiannya
Manusia dalam alam kehidupan ini menghadapi perkara-perkara yangwajib dilakukannya dan yang mesti ditinggalkan. 
Perkara-perkara yang wajib dilakukannya itu ada yang untuk masa hidupnya didunia dan ada yang untuk hidupnya di akhirat.
Untuk masa hidupnya di dunia ialah makan minum,  pakal patut, berumahtangga,beranak pinak dan sebagainya dan untuk hidup di akhirat pula ialah segala amalibadat yang ditentukan mengerjakannya.
Ada pun perkara-perkara yang mesti ditinggalkan ialah segala perkara yang tidak meluputkan dia dari mendapat pahala atau faedah dan tidak pula mendatangkan sebarang mudarat kepadanya jika ia tidak melakukannya.
Dengan tercantumnya perkara-perkara yang wajib dilakukan dan yang mesti ditinggalkan maka sempurnalah Islam seseorang itu.

No comments:

Post a Comment